Q & A



Apakah perbezaan antara None Finishing, Matte Lamination, Gloss LaminationSpot UV & Hot Stamping?

None Finishing : Tiada sebarang kemasan dilakukan pada kad tersebut. Oleh itu, jangka hayat ketahanan warna cetakan mungkin lebih cepat pudar dan ia tidak kalis air.

Matte Lamination : Kemasan yang disaluti dengan chemical yang akan menghasilkan permukaan kad seperti mempunyai lapisan lilin. Ia akan membuatkan kad kelihatan klasik, lebih elegan, memanjangkan jangka hayat kad dan ia kalis air.

Gloss Lamination : Kemasan yang akan menghasilkan permukaan kad lebih berkilat daripada permukaan asal. Kemasan jenis ini akan menghasilkan kualiti kertas setanding 'Photo Paper'.

Spot UV (Embross) : Tambahan Spot UV akan menghasilkan bahagian tertentu pada kad  kelihatan lebih menonjol, lebih licin dan bersinar dengan kesan embrossing dan shining dimana ia akan memberikan impak yang eksklusif dan elegan pada kad tersebut. Untuk tambahan Spot UV, kemasan Matte Lamination diperlukan pada kad tersebut.

- Hot Stamping : Tambahan Hot Stamping pula adalah satu teknik percetakan yang menggunakan foil berkilat. Kemasan jenis ini boleh diabadikan dalam bentuk tulisan atau imej. Antara foil yang paling popular adalah emas dan perak. Akan tetapi, terdapat juga beberapa warna lain yang tidak kurang cantiknya apabila digunakan pada bahagian yang sesuai.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apakah perbezaan setiap material kertas atau kad yang digunakan?

Colour Paper Buff 0.75 gm - Kertas berwarna cream / buff, kertasnya sangat nipis, permukaan tidak licin, mudah dilipat. Kertas jenis ini biasanya digunakan sebagai kertas inlay di dalam kad kahwin wangi.

Simili 80 gsm - Kertas berwarna putih, juga dikenali sebagai kertas A4, permukaannya tidak licin dan ia mudah dilipat.

Simili 140 gsm - Kertas berwarna putih, dua kali ketebalannya daripada kertas A4 (simili 70 / 80gsm), permukaannya tidak licin, lembut dan tidak sekeras kad standard.

Artpaper 150 gsm - Kertas berwarna putih, permukaannya licin, lembut dan mudah dilipat. Kertas jenis ini sesuai digunakan untuk mencetak Flyer, Brochure dsb.

Artcard 230 / 260 / 310 – Kertas atau kad berwarna putih, ketebalan kad standard, permukaannya licin dan sedikit berkilat (coated). Kertas jenis ini biasa digunakan di  Kulit Majalah Pengantin.

Metalic Paper - Kertas atau kad berwarna metallic gold / white, ketebalan kad standard.

Mirrorcoat Glossy Paper - Kertas berwarna putih berkilat. Pilihan yang terbaik untuk dijadikan pelekat atau label. Kertas ini akan memberikan pantulan warna yang menarik apabila ia dicetak.