SIGNBOARD


INFO :

Signboard (papan tanda) merupakan salah satu perwakilan visual dimana ia dapat memberikan maklumat tentang kedai, pejabat, bangunan atau sebagainya kepada pelanggan. Ia juga merupakan satu medium komunikasi yang berkesan antara anda dan pelanggan kerana ia dapat membantu pelanggan dalam mempercepat dan memudahkan mereka mengesan kedai anda. Selain itu, signboard juga dapat memaparkan dan memberikan beberapa maklumat penting yang diperlukan.

Signboard juga dapat memberikan identiti syarikat yang unik dan membantu dalam memajukan imej jenama sesebuah syarikat. Malah, signboard yang cantik dapat menarik ramai pelanggan datang dan masuk ke kedai anda.

Perkara penting yang perlu diambil kira sebelum menghasilkan signboard :

1. Signboard haruslah dipasang di tempat yang mudah dilihat dari jauh dan tidak terlalu kecil.
2. Signboard haruslah tidak menghalang pintu masuk utama supaya tidak menyembunyikan bahagian dalam kedai.
3.  Signboard mestilah mengandungi beberapa maklumat penting yang diperlukan seperti nama kedai, logo atau sebagainya.
4. Pastikan signboard anda ringkas, mudah tetapi bermaklumat. Jangan letakkan terlalu banyak maklumat pada signboard dan elakkan signboard yang mengelirukan.
5. Material yang digunakan untuk signboard hendaklah mempunyai kualiti yang premium supaya ia dapat digunakan untuk tempoh masa yang lebih lama .
6. Pilih warna yang sesuai untuk signboard anda supaya ia kelihatan jelas dan menawan.
7. Maklumat yang penting di signboard hendaklah ditulis dalam huruf tebal atau font yang berbeza untuk mewujudkan kesan yang diingini.
8. Pastikan reka bentuk signboard anda unik dan inovatif supaya pelanggan tertarik untuk masuk ke dalam kedai anda.



PORTFOLIO :








No comments: