TERMA & SYARAT


Pelanggan yang dihormati,

Sila baca dengan teliti terma & syarat di bawah sebelum anda membuat tempahan. Dengan membuat tempahan dengan kami bermakna anda bersetuju dengan segala terma & syarat yang telah kami tetapkan.


PROSES TEMPAHAN

1. Jika anda berminat dengan perkhidmatan / produk yang kami tawarkan, anda boleh membuat tempahan melalui salah satu cara :

         a. Borang Tempahan di Blog ini : Klik Sini
         b. Borang Tempahan di Facebook LDA BEST PRINT
         c. Email : ldabestprint@gmail.com
         d. Call / Whatsapp : 011 3269 0806

Tujuan pengisian borang tempahan ini adalah bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan tempahan anda. Selain itu, kami memerlukan beberapa maklumat supaya kami lebih jelas dan lebih mengenali syarikat / produk anda. Ia juga memudahkan kami untuk 'trace' setiap tempahan pelanggan mengikut tempoh proses dan 'que list' yang masuk secara sistematik

2. Pelanggan bertanggungjawab memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah lengkap, pilihan yang yang teliti, betul ejaan dan struktur ayat serta tatabahasanya. Pihak kami akan merekabentuk secara mengambil maklumat anda tanpa sebarang “proof-reading” kecuali yang dapat dikesan secara kebetulan.

3. Jika terdapat perubahan / pertukaran pada maklumat tempahan setelah dihantar, sila maklumkan kepada pihak kami secepat mungkin bagi mengelakkan kerugian.

4. Pihak kami akan memberikan maklumbalas dan mengesahkan tempahan anda secepat mungkin.

5. Kontrak tidak akan diwujudkan antara pihak anda (pembeli / pelanggan) dan pihak kami (penjual) sehinggalah kami mendapat maklumat tempahan anda serta bayaran yang telah ditetapkan. Setelah kami menerima bayaran tersebut dan pengesahan mengenainya dibuat secara lisan atau bertulis barulah perjanjian termeterai dan wujud kontrak yang sah antara pihak anda dengan pihak kami.


PROSES PEMBAYARAN

1. Artwork anda akan dimulakan selepas pembayaran penuh / deposit sekurang-kurangnya 50% daripada harga keseluruhan dilakukan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas anda menerima maklumbalas kami. Jika tiada respon / bayaran dibuat dalam tempoh tersebut, tempahan anda akan terbatal dengan sendirinya.

2. Segala pembayaran boleh dilakukan melalui  no. akaun bank yang akan diberitahu kemudian atau COD (jika perlu).

3. Setelah pembayaran dibuat, sila maklumkan bukti pembayaran anda (tarikh, masa, jumlah bayaran) kepada kami.

4. Untuk makluman, harga setiap item tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran akan diberikan percuma kepada pembelian melebihi RM 500 dan ke atas (kecuali promosi). Penghantaran akan dibuat selepas bayaran diterima dan disahkan.

5. Jika pelanggan berhasrat untuk membatalkan tempahan setelah artwork dimulakan atau tidak berminat lagi untuk meneruskan tempahan, pembayaran deposit tidak akan dipulangkan.



PROSES DESIGN DAN CETAKAN

1. Artwork pertama akan dihantar kepada pelanggan melalui email untuk pilihan (jika ada) dan semakan terlebih dahulu. Sila semak segala ejaan / penambahan / pertukaran / pembetulan dengan teliti. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesalahan atau kesilapan yang berlaku jika ianya berpunca daripada pelanggan samada sengaja atau tidak sengaja.

2. Selain daripada pakej logo, sebarang perubahan hanya dibenarkan dilakukan sebanyak dua kali sahaja selepas artwork pertama dihantar kepada pelanggan. Perubahan atau pembetulan ketiga dan seterusnya akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM 50 bagi setiap perubahan.

3. Tempoh masa perkhidmatan / produk kami :

Tempoh rekabentuk
5 - 15 hari bekerja
Tempoh cetakan        
3 - 10 hari bekerja 
Tempoh lain-lain produk
Tertakluk kepada stok / pakej
   
           *Tempoh masa di atas tertakluk kepada kerumitan rekabentuk, jenis tempahan dan senarai 'que list' kami.

4. Caj tambahan akan dikenakan kepada pelanggan yang ingin tempahannya dibuat secepat mungkin / kurang tempoh masa service / produk kami (rush order).

5. Setelah pelanggan berpuas hati dengan artwork tersebut, pelanggan perlu menjelaskan baki pembayaran sebelum kami menghantar fail salinan akhir dalam bentuk zip file (jika ada) atau sebelum kami meneruskan proses cetakan.

6. Pihak kami berhak memaparkan semua design untuk dijadikan portfolio sebagai pereka asal design tersebut. Mana-mana design dan konsep rekaan unik yang tidak dipilih oleh anda adalah hak milik kami dan kami berhak mengubahsuainya untuk dikemukakan kepada pelanggan yang lain.



Sekian, terima kasih.