BANNER I BUNTING


INFO :

Banner atau bunting (outdoor printing) biasanya dicetak secara komersil menggunakan kaedah pencetakan inkjet di atas material vinyl atau tarpaulin menggunakan solvent inks dan uv-curable inks. Manakala banner atau bunting (indoor printing). ianya menggunakan material synthetic paper.

Banner atau bunting sebenarnya adalah sejenis bendera atau bahagian kain yang mengandungi mesej simbol, logo, slogan atau lain-lain yang bertujuan untuk mengwar-warkan sesuatu. Banner pengiklanan selalunya dipasang di kedai, restoran dan hotel bertujuan untuk memperkenalkan ciri-ciri istimewa premis tersebut. Selain itu, organisasi persendirian juga menggunakan kaedah pengiklanan melalui banner untuk memberitahu orang ramai acara yang mereka akan adakan. Selain tujuan pengiklanan, banner atau bunting juga boleh digunakan untuk majlis perkahwinan, majlis korporat, pelancaran produk, iklan dan promosi dan sebagainya.

Perbezaan antara banner dan bunting adalah banner diistilahkan sebagai kain rentang melintang (horizontal) manakala bunting ialah kain rentang menegak (vertikal).

Penetapan Saiz Banner & Bunting :
- Banner kebiasaannya mempunyai ukuran saiz: 6' x 3', 9' x 4' & 12' x 4'.
- Bunting kebiasaannya mempunyai ukuran saiz: 2' x 5', 3' x 6' & 3' x 7'.
- Simbol ' mewakili simbol 'kaki'. 1 kaki bersamaan 12 inci, 12 inci bersamaan 30.48 cm.
- Ukuran 1 kaki lebih kurang saiz 1 tapak kaki orang lelaki dewasa yang berkasut atau hampir tepat sebatang pembaris panjang.

**Jika ingin membuat tempahan merekabentuk banner / bunting, pastikan imej yang ingin digunakan mempunyai resolusi yang tinggi dan baik. Jika boleh, sila elakkan penggunaan imej yang diambil daripada internet kerana kebanyakan resolusi imejnya sangat rendah. Jika ingin menggunakannya juga, pilihlah imej yang bersaiz besar. 



PORTFOLIO :






No comments: