CORPORATE LOGO

 INFO :

Corporate Logo boleh dikategorikan sebagai "Kepala" atau perkara penting kepada sesebuah jenama, produk mahupun identiti syarikat, persatuan atau diri sendiri. Rekaan logo yang hebat boleh meletakkan satu status yang tinggi bagi jenama, produk, identiti yang ingin ditonjolkan. Logo boleh direka samada dalam bentuk grafik (simbol / ikon) semata-mata atau terdiri daripada perkataan sahaja atau kedua-duanya.

Identiti korporat boleh dimulakan dengan membuat rekabentuk logo dan ia selalunya berkait rapat dengan membina imej. Setelah anda mempunyai logo, anda boleh mengaplikasikan setiap identiti korporat tersebut di kad perniagaan, sticker, kepala surat, pakaian seragam, kenderaan, kedai dan semua yang berkenaan bagi mewujudkan imej keseragaman.

Keseragaman inilah yang akan melahirkan rasa pegun dan dapat meletakkan kepercayaan yang tinggi dikalangan sasaran pelanggan anda. Dengan logo juga, ia dapat membantu pelanggan anda mengenalpasti dan mengingati anda dengan lebih cepat dan mudah.


  
PORTFOLIO :























No comments: